Please Support This Blog By Click Ads

Tuesday, August 25, 2009

Keputusan Rasmi PRK permatang pasir

Salleh Man (Pas) :9,618

Rohaizat Othman (Bn) :5067

Majoriti :4,551

Tuesday, August 18, 2009

Nik Aziz mahu saman pemutar belit kenyataan beliau

KOTA BAHRU, 18 Ogos: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak media yang memutar belit kenyataannya dengan mendakwa beliau berkata "ahli Umno tidak masuk syurga".

"Saya akan berbincang dengan peguam dan akan mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana media yang telah menokok tambah kenyataan saya," katanya sewaktu sidang media di pejabatnya tadi.

Beliau berkata demikian kepada media sebagai menenafikan laporan akhbar hari ini yang melaporkan kenyataannya bahawa "Ahli Umno Tidak Akan Masuk Syurga", di pejabatnya tengahari tadi.

Sebuah akhbar harian menyiarkan di muka depan kononnya Nik Aziz berkata, ahli Umno tidak akan masuk syurga.

Sebelum ini, akhbar yang sama telah memohon maaf kepada Nik Aziz di muka depannya kerana mentyiarkan kenyataan yang salah tentang Nik Aziz.

ImageNampaknya, Nik Aziz terpaksa sekali lagi mengambil pendekatan saman terhadap akhbar ini.

"Saya biasanya mengunakan perkataan penyokong Umno, saya tidak mengunakan ahli Umno. Penyokong lain, ahli lain.

"Saya tidak pernah menyentuh mengenai ahli-ahli Umno, tetapi saya menyentuh dasar yang dibawa oleh Umno," katanya lagi.

Tambahnya lagi, memang mana-mana orang Islam yang mengasingkan Islam dan iman mustahil akan masuk syurga.

"Mana-mana gerakan orang Islam yang hanya mementingkan Islam sahaja tanpa iman, memang mustahil masuk syurga, itu yang saya sebut, tidak langsung maksudkan anggota parti Umno," tegasnya.

Sambungnya lagi, beliau juga turut menafikan beliau mendakwa parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.

"Saya tidak sebut langsung tentang Palestin waktu tu, ni semua tak lain tak bukan untuk memburukkan saya dan membiarkan saya ni jadi balah (berkelahi) pula dengan Umno,"ujarnya.

Ketika diminta mengulas adakah kenyataan beliau sering diputar belitkan kerana musim pilihan raya kecil, Tuan Guru memberitahu beliau memang sedar tentang perkara itu.

"Kita memang dah tahu dah cara (taktik) parti ni, memang macam tu lah,"ujarnya.

Akhbar perdana sudah jadi akhbar Umno

Menyentuh kenyataan Mufti Negeri Perak, Tan Sri Harussani Zakarian, yang mengulas kenyataannya melalui hanya membaca di akhbar, Nik Aziz berharap agar Harussani mendapat maklumat yang sebenarnya melalui beliau.

"Sebagai seorang mufti kalau nak buat kenyataan kena tanya saya dahulu iaitu tuan punya cakap.

"Beliau tidak boleh turut (baca melalui) surat khabar, surat khabar arus perdana sekarang ni surat akhbar Umno, macam mana dia nak buat ulasan menurut surat khabar," ujarnya.

Nik Aziz juga berharap, agar rakyat di negara ini merdekakan pemikiran dari menurut manusia kepada menurut Nabi Muhamad SAW.

"Manusia kena menukar pemikiran dari mengikut manusia kepada menurut kepada ajaran Nabi Muhamad SAW,"katanya.

Nik Aziz nafi kata 'ahli Umno tidak masuk syurga

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan berkata 'ahli Umno tidak masuk syurga' dan akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak media yang memutarbelit kenyataannya itu.

Berikutan itu, katanya, beliau akan berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap media yang didakwanya telah menokok tambah kenyataannya itu.

Sebuah akhbar harian menyiarkan di muka depan kononnya Nik Aziz berkata, ahli Umno tidak akan masuk syurga.

Sebelum ini, akhbar yang sama telah memohon maaf kepada Nik Aziz di muka depannya kerana mentyiarkan kenyataan yang salah tentang Nik Aziz.

Harakahdaily melaporkan Nik Aziz berkata beliau biasanya mengunakan perkataan penyokong Umno, "saya tidak mengunakan ahli Umno. Penyokong lain, ahli lain.

"Saya tidak pernah menyentuh mengenai ahli-ahli Umno, tetapi saya menyentuh dasar yang dibawa oleh Umno," katanya dalam satu sidang akhbar di pejabatnya hari ini.

Nik Aziz berkata, memang mana-mana orang Islam yang mengasingkan Islam dan iman mustahil akan masuk syurga.

"Mana-mana gerakan orang Islam yang hanya mementingkan Islam sahaja tanpa iman, memang mustahil masuk syurga, itu yang saya sebut, tidak langsung maksudkan anggota parti Umno," tegasnya.

Nik Aziz turut menafikan beliau mendakwa parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.

"Saya tidak sebut langsung tentang Palestin waktu tu, ni semua tak lain tak bukan untuk memburukkan saya dan membiarkan saya ni jadi balah (berkelahi) pula dengan Umno,"ujarnya.

Mengenai kenyataan Mufti Negeri Perak, Tan Sri Harussani Zakarian, yang mengulas kenyataannya melalui hanya membaca di akhbar, Nik Aziz berharap agar Harussani mendapat maklumat yang sebenarnya melalui beliau.

Tuesday, August 11, 2009

Pas tak mudah dipengaruhi keluar pakatan: Nik Aziz

KOTA BHARU: Pas tidak akan melayan sebarang gesaan Umno supaya ia keluar daripada pakatan pembangkang, kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata Pas tidak mudah terpengaruh dengan desakan mana-mana pihak dalam menentukan pendiriannya berhubung semangat setia kawan dalam pakatan dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat itu.


Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian kepada pemberita, di sini hari ini ketika diminta mengulas cabaran Pergerakan Pemuda Umno supaya parti itu keluar dari pakatan pembangkang berikutan kemelut yang melanda dalam gabungan itu sejak kebelakangan ini.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, telah menggesa Pas supaya keluar dari pakatan itu ekoran tindak-tanduk DAP terhadap Pas.

Nik Aziz berkata keputusan Pas tidak mahu keluar daripada pakatan pembangkang sudahpun dibuat dalam Muktamar Pas di Ipoh tidak lama dahulu.

Thursday, August 6, 2009

Tafsir Surah Al Ikhlas

Video 1



Video 2


Sajak Kesetiaan Untuk Tok Guru



Sajak kesetiaan ini merupakah tribute to Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS), Tuan Guru Haji Hadi (Presiden PAS) dan Ust Nasharuddin Mat Isa.

TokGuru MB Sambut Kepulangan Ekspedisi ke Pelantar

Video 1



Video 2



Sidang media Kepulangan dua bot milik nelayan itu disambut Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Dato' Husam Musa (2). Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaya, Utiliti dan Alam Sekitar Negeri, Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi, Che Abdullah Mat Nawi dan penduduk tempatan.